Faham badan sendiri. Fokus pada lemak, bukan sekadar nombor penimbang.

SEBELUM ANDA MEMBELI

Terma pembelian

Dengan membuat pembelian di kedai CoachCem, anda bersetuju dengan terma ringkas di bawah.

Akses produk

Produk digital diberikan kepada pembeli berdaftar selepas bayaran berjaya disahkan. Akses adalah untuk kegunaan pembeli sendiri dan tidak boleh dijual semula, dikongsi secara terbuka atau diedarkan tanpa kebenaran bertulis.

Ketepatan maklumat

Anda bertanggungjawab untuk memberikan nama dan alamat emel yang tepat semasa checkout. Emel tersebut digunakan untuk menghantar bukti pembelian dan pautan akses.

Coaching

Coaching memberi pendidikan dan bimbingan kecergasan, bukan diagnosis atau rawatan perubatan. Hasil berbeza bagi setiap individu. Rujuk profesional kesihatan bertauliah untuk kebimbangan perubatan.

Perubahan produk dan harga

Kandungan, bonus dan harga boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Harga dan butiran yang dipaparkan ketika anda membuat pembelian adalah yang terpakai untuk tempahan tersebut.

Pertanyaan

Jika ada apa-apa yang tidak jelas sebelum membeli, hubungi kami di admin@coachcem.com.