BELI DENGAN YAKIN
Polisi pemulangan
Kami mahu pembelian anda jelas dan berbaloi. Polisi ini terpakai kepada produk yang menyatakan jaminan pemulangan wang pada halaman jualannya.
Produk digital
Untuk produk digital yang menyatakan jaminan 7 hari, anda boleh memohon pemulangan wang dalam tempoh 7 hari kalendar daripada tarikh pembelian jika produk tidak memenuhi penerangan pada halaman jualan. Sila sertakan nombor tempahan dan emel pembelian anda.
Coaching dan servis
Perubahan atau pembatalan sesi coaching perlu dimaklumkan secepat mungkin. Sebarang pemulangan atau penjadualan semula akan dinilai berdasarkan keadaan tempahan, masa yang telah diperuntukkan dan apa yang telah disampaikan.
Produk fizikal masa hadapan
Jika produk fizikal ditawarkan, polisi penghantaran, pemulangan dan pertukaran khusus akan dipaparkan pada halaman produk tersebut sebelum checkout.
Cara mohon
Emel admin@coachcem.com dengan nama, emel yang digunakan semasa membeli dan nombor tempahan. Kami akan semak permohonan anda dan memberi maklum balas melalui emel.